Friday, September 28, 2007

cara mengkritik sesebuah karya seni

Biodata

Nama : mahamad Abdullah bin mahamad
No matrik : BC07110002
No kad pengenalan : 870306065413
No telefon : 0139053520
Tempat lahir : kpg new Zealand, pahang
Kursus : teknologi seni visual
Hobby : baca komik
Kemahiran : boleh melukis kartun

Cara mengkritik sesebuah karya Seni

Seni ditakrifkan sesuatu yang indah yang mana ianya sering dikaitkan dengan kehidupan alam, sesuatu objek malah diri seseorang. Tanpa disedari ianya telah mempengaruhi hampir separuh kehidupan manusia di seluruh dunia. Contohnya pakaian yang dihasilkan mempunyai nilai seninya yang tersendiri yang mana reka bentuknya sentiasa berubah-rubah mengikut masa. Ini menunjukkan juga bahawa seni mengalami perkembangan yang lebih banyak dan lebih awal berbanding dengan teknologi. Contoh lain yang dapat diberikan ialah dalam penghasilan sesebuah kenderaan itu memerlukan reka bentuknya terlebih dahulu. Sekiranya reka bentuknya tiada maka kenderaan tersebut tidak dapat dikeluarkan atau tidak mempunyai pasaran yang baik kerana penghasilannya berbentuk berkotak-kotak.

Bagi sesebuah karya yang dihasilkan dalam seni ianya bukan sahaja ditafsirkan dari sudut pandangan luaran sahaja. Ianya melibatkan dua kaedah umum dan empat kaedah khusus. Dua kaedah umum yang dimaksudkan ialah mengkaji dari sudut formalistic (luaran karya) dan ikonografi (aspek dalaman). Dalam setiap kaedah umum ini masing-masing terdapat dua kaedah khusus iaitu diskripsi dan analisis (formalistic) dan interpretasi dan pertimbangan / hipotesis (ikonografi).

untuk mengkritik anda memerlukan sebuah karya. Dari sudut diskripsi ianya memerlukan seseorang pengkritik mengetahui mengenai cirri-ciri fizikal karya seperti pengolahan formal dan mengenalpasti imej dan perlu mengumpul data asas/data visual karya dan fakta biodata pengkarya. Contohnya sesebuah karya yang dihasilkan menggunakan media cat minyak, cat air, pensil dan lain-lain media.

Kaedah kedua ialah analisis. Tahap analisis karya pengkritik perlu menganalisis fakta-fakta visual seperti komposisi, garis, cahaya, bentuk, warna dan lain-lain aspek asas seni lukis. Untuk mengkritik sesebuah karya, pengkritik juga harus dihubung dengan persoalan proses dan teknik serta pertalian idea dan perasaan. Pengkritik seharusnya berupaya mengenalpasti kepelbagaian hal benda merangkumi figura (manusia), alam semula jadi, alam sekitar, dan objek buatan. Pengkritik juga perlu kebolehan membaca penampilan imej yang mungkin berkaitan dengan pelbagai aliran dan gaya seni (tradisi, pascamoden, dan kotemporari). Komposisinya merangkumi aspek-aspek asas seni reka, media dan teknik. Pengkritik sewajarnya berupaya menganalisis pengolahan komposisi karya dengan tumpuan kepada prinsip dan unsure seni serta memahani kepelbagaian bentuk tatabahasa visual seperti abstrak, naturalistic, realistic dan lain-lain. Pengetahuan pengkritik mengenai penggunaan media dan teknik akan mempertajamkan kritikan kerana pengkritik berupaya menyelami karya dengnan lebih mendalam. Ini bermaksud bahawa dalam memberi kritikan bagi sesebuah karya, pengkritik seharusnya mengetahui asas seni seperti garisan, warna, bentuk, rupa dan jalinan. Begitu juga prnsip rekaan seperti harmoni, kepelbagaian, kadar banding, dominant, kontra, pergerakan, kesatuan, penegasan dan ekonominya sesebuah karya tersebut. Objek-objek yang terdapat dalam karya perlu dikenalpasti dengan baik dan mengetahui aliran yang digunakan serta teknik seperti impasto, titik, sapuan berus secara terus dan lain-lain.

Interpretasi pula sudah mula masuk kepada unsure dalaman sesebuah karya.yang dikritik. Seseorang pengkritik perlulah berupaya melakukan interpretasi iaitu mengenal pasti kandungan sesebuah karya yang mengungkap sesuatu tema, makna dan fungsi. Pengkritik juga berusaha meletakkan bentuk dan makna kontek. Ini bermaksud seseorang pengkritik seharusnya mendalami karya tersebut berdasarkan tema karya tersebut dengan berupaya mentafsir maksud bagi penggunaan objek dalam karya. Contohnya penggunaan objek batu yang mana menggambarkan keteguhan dan tidak mudah kalah. Dari sudut warna pula, contohnya warna merah yang melambangkan keberanian, sifat marah dan sebagainya. Apabila pengkritik berupaya mentafsir maksud bagi objek dalam karya maka ianya dapat memudahkan pengkrtik memberikan pertimbangan atau hipotesis bagi karya tersebut.

Bagi pertimbangan, aspek-aspek tertentu diperlukan oleh seorang pengkritik dalam menghasilkan pertimbangan dan penilaian yang berbentuk “formalistic, ekpresivisme, mahupun intrumentalisme” dan ini juga merupakan pendapat bagiseorang tokoh seni iaitu Feldman pada 1994. pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspek keindahan dan harmoni. Ekspresive ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan menyampaikan perasaan dan idea. Manakala instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat.

Sekiranya anda memiliki keempat-empat kaedah kritikan seni ini maka anda berupaya untuk mengkrtik sesebuah karya seni walaupun karya yang dihasilkan merupakan sebuah karya abstrak keran anda berupaya mendalami karya tersebut berbanding dengan pengkritik yang hanya mengetahui aspek-aspek luaran sahaja. Terdapat pelbagai karya yang anda boleh cuba kritik.
KESAN PEMBELAJARAN KURSUS TERHADAP SAYA
Terutama sekali saya ingin meluahkan rasa syukur terhadap ilahi kerana dengan kuasanya saya berada di Universiti Malaysia Sabah ini. Ini kerana dengan berada di institusi ini, banyak benda-benda baru yang telah saya pelajari walaupun masih lagi baru menuntut dekat sini. Salah satu daripada ilmu yang amat berguna dalam zaman yang serba canggih ini adalah dari segi pengetahuan dalam bidang internent. Sudah semestinya berkaitan dengan kursus RANGKAIAN INTERNENT yang banyak telah memberi manfaat kepada saya.
Sebagai salah satu daripada contoh manfaat yang saya perolehi adalah dari segi penggunaan intetrnet yang ada pada hari ini dengan lebih mendalam lagi. Mungkin dulu saya banyak mengunakan internent untuk mencari bahan-bahan bagi membuat tugasan sekolah. Namun ia tidaklah sedalam yang mana sebagaimana saya menggunakannya pada hari ini. Dengan lebih jelas lagi, setelah memperolehi pelajaran dalam kursus rangkaian internent ini, saya sedar bahawa masih banyak lagi benda-benda yang saya belum terokai dalam penggunaan internent. Ini bermakna, kursus ini telah banyak memberi maklumat kepada saya tentang benda-benda yang terdapat dalam jaringan atau rangkaian internent pada zaman ini.
Selain daripada menambahkan ilmu pengetahuan tengtang rankaian internent, kursus ini juga telah banyak memberitahu saya tentang sistem panyambungan yang digunakan pada zaman ini. Sebagai contohnya seperti penggunaan wayerlass, bluetooth, inframerah dan sebagainya. Ini juga telah meningkatkan pengetahuan saya dalam penggunaan sistem penyambungan ini. Walaupun ia juga terdapat dalam telefon bimbit, penggunaanya lagi banyak sehinggakan boleh menghubungkan banyak komputer dalam satu talian.
Selain itu juga kegunaan internet banyak manfaatnya. Contohnya kegunaannya dalam system pembelajaran dan proses perniagaan. Tambahan pula melalui pembelajaran ini banyak memberi pengetahuan yang mana penggunaan dalam perdagangan dan perniagaan dan sebagainya.
Sebagai kesimpulanya, kursus ini telah banyak memberikan kesan-kesan yang positif terhadap diri saya dan kawan-kawan yang lain. Insya allah akan saya guna ilmu yang diajarkan ini dengan sebaik yang mungkin. Walaupun begitu, mungkin banyak benda lagi yang saya masih belum tahu berkenaan dengan internet dan rangkaianya.

No comments: